Salam Sejahtera Semua, terima kasih kerana masih sudi menlawat ke blog saya ni. Memang terlalu lama saya tak update blog ni, sebabnya bila nak log in saje error..tak pasti la ape problemnya.
Nak cerita baru-baru ni setelah terlihat di tv pasal coklat tempatan ..maka tergerak hati nak merayau-rayau dalam internet maka saya terjumpa banyak blog tentang usahawan coklat. Anada boleh kunjungi blog tersebut saya sudah link.Saya rasa amat bangga kerana sebagai bumiputera kita telah melangkah setapak lagi untuk menceburi bidang yang sebelum ni diceburi oleh bukan bumiputera ni suatu perkembangan yang sangat baik.
Malah saya juga yang masih tercari-cari idea untuk mengusahakan bisness sendiri ni tertarik hati melihatkan kegigihan kaum hawa untuk memajukan diri sendiri. Ini suatu idea yang baik terutama untuk ibu-ibu yang ingin bekerja dari rumah seperti jugak saya ini. Hajat saya memang nak berhenti dari makan gaji dan memulakan perniagaan dari rumah memandangkan cahaya mata kedua bakal lahir August ni..mula lah hati berkobar-kobar untuk berhenti kerja demi untuk menjaga zuriat sendiri. Tapi dalam fikiran masih lagi tercari-cari apa yang boleh saya buat supaya saya dapat jugak mencari rezeki walaupun dari rumah disamping melihat anak membesar didepan mata.
Kalau nak harapkan pendapatan suami 100% susah juga. DOA kan supaya impian saya termakbul untuk membina perniagaan sendiri dari rumah.
04 July, 2009
20 February, 2009
Nak berhutang lagi ke?
Apa khabar semua ..lamanya saya tak menulis dalam blog ni kerana kesibukan urusan kerja..Hari ni barulah ada kesempatan..alhamdulillah.
Baru-baru ini sewaktu saya pergi ke sebuah hypermarket saya telah diperkenalkan oleh seorang salesman yang buat promosi kat situ mengenai kaedah pembelajaran bahasa Inggeris untuk anak-anak kecil iaitu sesuai untuk anak-anak yang berusia bawah 5 tahun.Mula-mula tu saya ingat hanya nak mendengar sahaja..biasalah juru jual siap dengan audio visual lagi dan anak saya jugak tertarik..mana taknya semuanya hanya perlu ditonton dengan adanya VCD yang berunsurkan kartun..dan saya telah dengan suka relanya membayar sedikit deposit dan sedangkan wang tu untuk perbelanjaan bulan February ni...nasiblah RM50 saja..dan saya minta tangguh sehingga cukup bulan untuk menjelaskan bayaran seterusnya...tapi yang agak tidak menyenangkan fikiran saya sebelum saya meneruskan bayaran adalah...
1. Bayaran yang agak mahal untuk dilangsaikan sekali gus (RM2590)
2. Boleh buat ansuran tetapi terpaksa menanggung hutang pulak untuk
setahun paling cepat pun.
3. Terpaksa beli 1 lagi TV and CD player untuk anak sebab kalau guna TV yang
kita family biasa guna jawapnya tak boleh nak tukar channel lain lah.
4. Bil elektrik akan meningkat kalau anak asyik menghadap CD tu..
5. Terjerumus lagi dengan sidrom hutang ni sedangkan impian tahun ni nak hapuskan
hutang.
Saya masih lagi memikirkan kebaikan dan keburukan..pembelian VCD ini..

02 January, 2009
Azam Tahun Baru 2009
Bila masuk sahaja tahun baru setiap individu seharusnya menanamkan matlamat hidup yang jelas untuk tahun baru. Azam saya untuk tahun ini dan sampai bila-bila adalah untuk lebih banyak menabung dan jangan lagi terperangkap dengan hutang, disamping segera menjelaskan hutang-hutang yang ada supaya cepat kita mencapai kebebasan kewangan. Dan ingat kewajipan berjimat cermat.
Di samping menambah pendapatan walaupun secara kecil-kecil anggaplah ia sebagai tapak untuk membina kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Anda bagaimana? Bagi mereka yang telah begelar usahawan saya akan menjadikan anda sebagai sifu saya. Bila anda rajin melawat ke laman blog di internet pasti anda akan dapat ilmu yang sungguh berfaedah..disamping dapat menyedarkan kita tentang kewangan terutamanya..maklumlah dengan keadaan ekonomi kini yang agak bergolak..kita amat memerlukan motivasi untuk diri sendiri yang kadang-kadang terleka ini..
SELAMAT DATANG TAHUN 2009...SEMOGA KITA TABAH DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN DIDUNIA INI DAN BERJAYA JUGA UNTUK KEHIDUPAN DIAKHIRAT KELAK..

Labels:
Azam,
kebebasan kewangan
16 December, 2008
Kad Hutang/Credit Card
Adakah anda mempunyai kad kredit/kad hutang, saya masih belum lagi dan kalau boleh saya tak mahu pakai kad hutang ini. Kalau dulu sebelum mengenali kad kredit saya sangka orang yang memegang kad kredit adalah orang yang hidupnya mewah..maklumlah tak payah bawak wang tunai banyak2 cuma gunakan kad sahaja dah boleh membeli barang yang kita kehendaki.Kalau kad debit ada benarnya kerana kad debit menggunakan wang dari simpanan kita sendiri dan kita tidak berhutang dengan mana-mana bank.
Tetapi jika dikaji dan ditapis dari berbagai sudut mempunyai kad kredit akan menyebabkan kita akan lebih pening kepala untuk melunaskan hutang..ini pendapat saya..tetapi mungkin bagi mereka yang bijak menggunakan kad hutang tu sedikit sebanyak akan menyelesaikan perbagai masalah kewangan mereka, misalnya di tengah-tengah bulan macam hari ni.. dan mereka juga boleh membayar pada kadar minima kepada bank. Tetapi sampai bila kita perlu menanggung hutang kad itu..fikir-fikirkan la..
Pertanyaan ; adakah anda bijak jika mempunyai 5 kad kredit dan membayar dengan kadar minima setiap bulan, disamping memohon personal loan untuk melangsaikan hutang kad kredit??

kad kredit,
simpanan,
wang
10 December, 2008
Rezeki
Selamat Menyambut Aidiladha mungkin agak terlewat tapi alhamdullilah masih berkesempatan untuk menulis diblog ni.Terima kasih kepada pengunjung yang sudi menziarah diblog saya yang tidak seberapa ini.
Kesibukan urusan kerja menyebabkan saya kurang dapat meluangkan masa untuk menulis maklumlah hujung tahun ini macam-macam yang nak kena update kan.. Tapi sempena Aidiladha yang lalu saya berkesempatan juga untuk berniaga secara kecil-kecilan tapi walaupun kecil "we must think big" saya ada menjual kerepek dan juga perfumes .Ini saya anggap sebagai permulaan untuk saya melangkah lebih jauh lagi untuk menjalankan satu perniagaan. Yang penting "we must think positif". Nanti saya akan cuba buat blog untuk kerepek dan perfumes ni supaya boleh menjadi satu urus niaga di internet pulak.
Apa yang perlu diingat dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Bila kita ada idea bernas jangan bertangguh-tanguh lagi..cuba usahakan.ini adalah sebahagian dari langkah untuk kita maju dan berjaya.

Subscribe to:
Posts (Atom)